Laman 1

Selasa, 28 Mei 2013

Jenis-jenis Kain

Jenis-jenis kain yang digunakan untuk membuat t-shirt :

- TC 26
- TC 30
- CVC 40 Double Interlock
- CVC Honey Comb
- CVC Honeycomb Lacoste
- CVC Wafer
- CVC Lacoste
- Fully Comb Woven Coller
- 100% Cotton Mini Twill
- 100% Cotton Turbular
- Double Interlock
- 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
- Micro Fibre
- Cotton Round Neck


Berikut ini adalah 5 jenis kain yang biasa digunakan untuk membuat t-shirt :


1. Tetra Cotton (TC 26)
     Jenis kain ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Kebiasaan yang order kain jenis ini adalah pelajar sekolah rendah atau tadika yang ingin buat hari sukan atau hari keluarga sekolah. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch/kembang.

2. Cotton 100%
     Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat melebar (scretch/shrinkage).

3. CVC / Lacoste (Chief Value Cotton )
     Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC. Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.

4. Micro Fibre / Quick Dry
     Kain jenis ini amat selesa dipakai. kebiasaan kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh dan juga menyebabkan terasa cepat panas. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

5. Cotton Interlock Cotton Interlock
     adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah kerana kain jenis ini jenis tebal tetapi lembut dan tidak panas. Sesuai dipakai didalam dan luar bangunan Biasanya orang yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih kain jenis ini.

JENIS-JENIS KAIN UNTUK UNIFORM / F1 SHIRT :

viscose cotton trill comb cotton polyester cvc lacoste poly soft t/c oxford t/c yarn dyed linen

JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT LAB COAT :
100% POLYSTER

JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT EXCEKUTIF JACKET :
HI TWIST THICK MICRO FIBRE

JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT CEO JACKET :
HI TWIST ( MAFELA)

JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT OVERALL :
TC DRILL

JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT APRON :
TC DRILL

JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT CHEF UNIFORM :
TC DRILL

2 komentar:

  1. ok gan, sama-sama. gan, kalo mau order kaos bisa di lihat di tab T-SHIRT.

    BalasHapus